Laman

Wednesday, 24 November 2010

DEFINISI NEGARA ISLAM

DEFINISI NEGARA ISLAM
Muhammad `Ali `Ishmah

Dalam memahami makna Darul Islam (negara Islam) terjadi perselisihan di kalangan kelompok-kelompok yang ada sekarang. Maka kita memandang perlu kiranya kita membawakan makna negara Islam yang benar di sini.
Para ahli fiqih berselisih dalam kaitan hukum terhaap negara Islam yang mungkin dibawakan secara umum menjadi dua pendapat:
Pendapat pertama: Sandaran untuk menghukum sebuah negara adalah dengan reality hukum yang berlaku di negara itu.
Kedua: Sandaran hukum terhadap sebuah negara adalah dipandang dari sisi keamanan. Keterangan dua pendapat ini seperti berikut:
Pendapat pertama: Jumhur ahli fiqih berpendapat bahwa sandaran hukum terhadap sebuah negara apakah dia negara Islam atau negara kufur adalah dengan reality hukum-hukum yang berlaku di negara itu. Dalam kitab Al-Iqna’ (dan syarahny 3/43) didefinisikan tentang Darul Harb (negara kafir yang diperangi) adalah: “Bila hukum kafir yang lebih dominan di situ.” Al-Kisani (dalam Bada’i’ush Shanai’ 7/130) berkata: “Tidak ada perselisihan di kalangan para sahabat kami bahawa negara kufur akan menjadi negara Islam dengan reality hukum-hukum Islam yang berlaku padanya.” Ibnul Qayyim (dalam Ahkamu Ahliz Zimmah 1/366) berkata: “Negara Islam adalaht empat yang diduduki kaum muslimin dan berlaku hukum Islam padanya. Dan kalau tidak berlaku hukum Islam padanya, bukanlah sebagai negara Islam walau berdekatan dengan negara Islam.”

Dan inilah pendapat jumhur ulama (Fatawa Hindiyyah 2/232, Ahkam Ahliz Zimmah 1/366). Walau mereka berselisih dalam tafsir “hukum-hukum yang berlaku di negara tersebut,” apakah sisi tindakan pemerintahnya atau rakyatnya, yakni syi’ar-syi’ar yang zahir seperti solat dan yang sejenisnya. Ini menurut dua sisi dari mereka dalam definisinya:
Sisi Pertama: Yang dimaksudkan dengan berlakunya hukum-hukum tersebut adalah dari tindak-tanduk pemerintah dalam kekuasaan politik, jika kekuasaan politik dipegang oleh kaum muslimin, maka negara itu disebut Darul Islam. Kalau tiak, maka sebalikyna. Dan inilah yang dipegang oleh orang-orang Hanafi (Fatawa Hindiyyah 2/232). As-Sarkhasi bekata: “Yang menjadi sandaran penilaian terhadap sebuah negara adalah penguasa dan kekuatan untuk merealisasikan hukum-hukum negara.” (Syarhus Siyar 5/1073). Ibnu Hazm menerangkan alasan ucapan ini dengan: “Kerana sebuah negar disandarkan kepada yang menang, yang menjadi penguasa dan yang menjadi rajanya.” (al-Muhalla 11/200, 2198)
Dand engan inilah seluruh ulama yang hidup sekarang memberi fatwa, di antaranya: Syeikh Muhammad bin Ibrahim (Al-Fatawa 6/166), Syeikh Abdurrahman as-Sa’di (Fatawa as-Sa’diyyah, hal. 98) dan Syeikh Muhammad Rasyid Ridha (Fatawa Muhammad Rasyid Ridha 5/1918). Dan konsekwensi pendapat ini adalah: Mungkin negara itu adalah negara Islam walau semua penduduknya orang kafir selama penguasanya masih orang Islam dan menghukum dengan hukum Islam.
Sisi Kedua: Yang dilihat adalah sandaran hukum terhadap negara adalah amalan penduduknya – syi’ar-syi’ar yang tampak dengan jelas, maka negara itu disebut negara Islam, kalau tidak, maka disebut negara kafir. Dengan ini sebahagian orang mazhab Hanafi mentafsirkan hukum dengan ucapannya: Darul harb (negara kafir yang harus diperangi) akan menjadi negara Islam dengan berlakunya hukum kaum muslimin di situ, seperti mendirikan solat Jumaat dan id-id, walau orang kafir asli ada di situ.” (Ad-Durarul Hikam 1/259). Sebahagian para ahli fiqih berkata: “Darul Islam adalah yang tampak paanya dua kalimat syahadat dan solat serta tidak tampak padanya bahagian kekafiran, kecuali dengan perlindungan atau Ahli zimmah dan keamanan dari kaum muslimin. Dan arul harb adalah yang kekuasaannya dipegang oleh orang kafir dan kaum muslimin tidak mendapat perlindungan.” (Uyunul Azhar, hal. 228).
Dan yang tampak dari ucapan Syeikh al-Islam ibnu Taimiyah adalah sesuai dengan pendapat ini yang mana beliau berkata: “Keadaan negra itu disebut negara kufur, iman atau negara orang-orang fasiq bukanlah suatu sifat yang tetap melekat padanya. Tetapi itu hanya sifat yang mendatang bergantung penduduknya. Maka setiap negara yang dihuni oleh kaju mukminin yang bertaqwa adalahnegara para wali Allah paa waktu itu. Dan setiap negra yang dihuni oleh orang-orang kafir, maka dia adalah negeri kafir pada waktu itu. Dan setiap negeri yng dihuni oleh orang-orang fasik, maka dia adalah negara orang fasik pada waktu itu. Kalau penghuninya selain dari yang kita sebutkan tadi dengan berubah kepada yang lain, maka itu negeri mereka.” (Majmu’ Fatawa 18/282)
Pendapat kedua: Sebahagian Hanafiyah berpendapat bahawa kaitan hukum terhadap sebuah negara adalah factor keamanan. Jika kaum muslimin aman di sebuah negeri, maka negeri itu adalah negeri Islam. Kalau tidak aman, maka negeri itu adalah negeri kafir. As-Sarkhasi berkata: “Sesungguhnya negara Islam adalah nama untuk sebuah tempat yang berada di bawah kekuasaan kaum muslimin, tandanya adalah dengan amannya kaum muslimin.” (Syarhus Siyar 3/81)
Kesimpulan:
Pendapat yang kuat – wallahu a’lam, adalah: “Sesungguhnya sandaran penilaian syariat Islam terhadap sebuah negara adalah reality hukum yang berlaku di negara itu, kerana hhukum-hukum itulah yang membezakan antara negeri Islam atau kafir. Islam dan kekufuran masing-masingnya mempunyai cabang, yang masing-masing cabang itu mempunyai hukum tersendiri, maka apabila berkumpul dalam sebuah negeri kadar tertentu dari cabang-cabang Islam dan hukum-hukumnya, maka negeri itu adalah negeri Islam.Dan kalau tidak, maka tidak.Adapun keamanan, itu adalah factor yang bersifat mendatang sebagai sebagai hasil dari hukum yang berlaku, maka dia adalah sifat yang tidak mempengaruhi penilaian terhadap sebuah negara (yakni penilaian apakah negara Islam atau tidak).
Hukum-hukum ini adalah kupulan dari keadaan rakyat dan penguasa, maka tidak boleh dihukumi sebuah negara sebaga negara Islam atau kafir kecuali setelah melihat dua factor (keadaan rakyat dan penguasa) ini. Bersamaan dengan itu juga mengikutsertakan kaedah-kaedah seperti berikut:
a. Ketika dikatakan bahawa sandaran penilaian terhadap sebuah negara (sama ada negara Islam atau negara kufur) adalah reality hukum Islam yng berlaku, maka bukannya yang dimaksudakn di sini ialah penerapan seluruh hukum Islam tersebut. Kerana ini adalah hal yang jarang terjadi dalam sejarah kaum muslimin kecuali di masa Nabi dan para khulafa’ ar-Rasyidin (khalifah-khalifah yang terbimbing). Kemudian secara perlahan hukum itu gugur satu demi satu. Maka tidka ada di suatu negeri atau masa kecuali hukum Islam selalu ada yang gugur.
b. Hukum-hukum yang menjadi sandaran penilaian terhadap sebuah negara (sama ada ia negara Islam atau kafir) berbeza-beza tingkatannya, yang paling agung di antara hukum yang dijadikan penilaian itu adalah solat, dan memang solat sandaran yang paling agung dalam menilai keadaan penguasa, khususnya dalam menilai sebuah negara. Ini dinyatakan dalam beberapa hadith:
        i.            Dari Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Akan lepas tali Islam seutas demi seutas, maka setiap kali terlepas seutas, diikuti manusia. Dan yang pertama kali terlepas adalah hukum dan yang terakhir sekali ialah solat.” (HR Ahmad 5251)
      ii.           
Hadith-hadith yang menyebutkan bolehnya memberontak kepada para penguasa adalah kerana mereka meninggalkan solat, keran solat adalah batas akhir yang menyatakan seseorang itu sebagai muslim.

Dan juga bila tidak ada didengar suara azan dan tidak didapati masjid, maka itu menjadi tanda bahawea negeri itu adalah negeri kufur. Dan bila didengar azan dan ditemui masjid dan menjadi lambang negeri itu, maka negeriitu adalah negeri Islam. Ini dikuatkan dengan beberapa hadith:
Pertama: Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW biasa menyerang musuh di waktu fajr akan terbit sambil mendengarkan dengan saksama suara azan. Bila baginda mendengar azan, baginda tidak menyerangnya dan bila tidak mendengarnya baginda menyerangnya.” (HR Muslim 1/288)
Imam Nawawi berkata: “Dalam hadith ini ada dalil yang menunjukkan bahawa suara azan boleh menahan serangan kepada para penduduknya, kerana itu tanda keIslaman mereka.” (Syarh Muslim 4/84)
Kedua: Dari Isham al-Muzani, ia berkata: Rasulullah SAW bila mengirim pasukan mengatakan: Bila kalian melihat masjid atau endengar azan jangan membunuh seorang pun.” (HR Abu Daud no.2634 dan Tirmizi no. 1549. Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dha’if sunan Abu Daud no. 565).
Imam Syaukani berkata: “Dalam hadith ini ada dalil… dibolehkan berhukum dengan tanda dengan alasan bahawa nabi menyuruh untuk tidak menyerang hanya kerana mendengar suara azan.” (Nailul Authar 7/278)
Dan beliau berkata lagi: “Dalam hadith ini mengandungi perintah untuk mengambil yang paling selamat dalam masalah darah, kerana baginda menahan mereka untuk menyerang hanya dalam keaaan itu walau sebenarnya mungkin mereka tidak demikian.” (Nailul Authar 7/278)
Dan beliau berkata juga: “dan dalam hadith ini ada dalil bahawa semata mendapati masjid dalam sebuah negeri boleh dijadikan alasan untuk membatalkan serangan. Dan boleh menjadi tanda keIslaman penduduknya walau tidak ada didengar azan di situ. Kerana Nabi memerintahkan pasukannya untuk menahan diri dengan sebab dua perkara: adanya masjid dan suara azan.” (Nailul Authar 7/278).
Di sini ada dua titik perhatian:
Pertama: Berdalil dengan dua hadith ini boleh dibantah dengan: Tujuan hadith ini hanya untuk menerangkan tentang larangan menyerang sebuahnegeri, bukan menerangkan tentang sifat negeri itu. Maka jawapannya: Hukum yang membuat negeri itu dilarang untuk diserang, adalah kerana sifat negeri itu sendiri. Kerana hukum yang membolehkan untuk menyerang penduduk negeri itu adalah kerana negeri itu negeri kufur. Imam Syafi’i berkata: “Hukum terhadap sebuah negeri adalah unsur yang membuat dia tidak boleh diserang.” (Ar-Risalah, hal. 300)
Kedua: Ini juga boleh dibantah dengan: Banyak negeri kufur yang ada masjid di situ dan didengar azan. Jawpan untuk itu adalah: Yang dimaksudakn adalah kalau masjid dan azan menjadi lambang negara itu. Rasulullah SAW melarang menyerang kerana mendengar suara azan adalah berdasarkan kerana baginda bergaul dengan kampung-kampung Arab yang semata mendengar sura azan sudah cukup untuk menjadi tanda bahawa penduduknya Islam, kerana kecilnya kampung dan sedikitnya penduduk. Maka bererti masalah ini adalah masalah yang nisbi, kadang-kadang satu masjid menjadi lambang keIslaman penduduknya.Dankadang-kadang sepuluh masjid tidak menjadi lambang keIslaman penduduknya.
Misal yang memperjelas adalah:
Perancis, di sana didirikan masjid, akan tetapi bukan sebagai lambang negara, maka negara itu adalah negara kufur.
Kaum muslimin di Maghribi (Morocco) menegakkan syiar-syiar Islam dan menjadi lambang negaranya, maka negra itu adalah negara Islam.
Dengan ini menjadi jelas bahawa darul Islam aalah negeri yang hukum-hukum Islam direalisasikan di situ, khususnya solat. Dan darul Kufr adalah: negeri yang di situ tidak diterapkan padanya lepas hukum-hukum Islam, khususnya solat.
Dan bukan yang dimaksudkan dengan mendirikan solat adalah hanya dilakukan segelintir orang, tetapi menjadi amalan penguasa. Nabi berkata; “Tidak boleh memerangi mereka (para pemimpin) selama mereka masih mendirikan solat bersama kalian,” dan “Tidak, selama mereka masih solat.” Ini adalah lafaz-lafaz yang walau dalam masalah Khawarij, tetapi ada hubungan antara masalah sifat negara. Yang mana adanya solat dalam dua keadaan ini menyebabkan negara itu tidak boleh diserang.” (Al-Ghuluw fid Din, Abdurrahman bin Mu’allah al-Luwaihiq, hal. 330 – 335). Wallahu a’lam

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete